Iskandar, seorang budak yang mengalami masalah ketidakupayaan pembelajaran yang tinggal bersama Wan Mala iaitu neneknya, menanam hasrat mahu hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah ibunya, tetapi dia tidak tahu dan tidak belajar mengaji al-Quran. Dia hanya belajar dengan caranya sendiri sehingga bapanya yang 7 tahun menghilang, kembali semula. Dengan bantuan bapanya, selain diajar tentang menjaga hati, Iskandar juga diajar bacaan Al-Fatihah. Dengan surah ini, hubungan Wan Mala dengan Shah yang tegang menjadi sejahtera. Namun, dendam kesumat atas tragedi lama, Shah mati ditembak oleh Wak Yem. Sejak tragedi itu, Iskandar tak henti-henti membaca Al-Fatihah sehingga orang melihatnya seperti setongkol emas.